Jumaat, 19 Ogos 2011

LAILATUL QADAR


Petua Imam Ghazali dan lain-lain ulamak untuk mencari LAILATU QADAR.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari :

ISNIN

lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan..

Kata Sheikh Abu Hassan ( As-Syazuli ) bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan LAILATUL QADARpada malam yang tepat mengikut petua Imam Ghazali diatas..

MUDAH-MUDAHAN KITA SAMA-SAMA MENDAPAT RAHMAT DAN KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALA MELEBIHI 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA...INSYALLAH..... :)

Ahad, 27 Disember 2009

RAHSIA JUMAAT 2009

ISTIMEWANYA 2000 kerana pada tahun itu kita meraikan Aidilfitri dua kali. Istimewanya 2009 pula kerana adanya tarikh 09.09.09

Tarikh itu datang cuma sekali seumur hidup. lalu seramai 99 pasangan Tionghua berkahwin di johor bahru, di sungai petani 61 pasanga, di melaka 99 pasangan dan di genting Highlands seramai 34 pasangan dari china mengakhiri zaman bujang disini bertemakan Nurturing Your Diamond. Nasib baik ia jatuh pada bulan ramadhan..klau tak ramai pasangan melayu bernikah pada masa tue.

Bagaimanapun selain 09.09.09, bagi saya 20092009 lagi unik. apatah lagi ia jatuh pada hari pertama umat islam disini meraikan Aidilfitri. Lebih daripada itu, 2009 yang cuma berbaki 3 hari menghadirkan perayaan penting jatuh pada jumaat.

Sememangnya Jumaat adalah harikebesaran islam yang digalak kita untuk memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada mlm jumaat lagi. Permulaan 2009 jatuh pada khamis bermakna pada malam jumaat 1 januari sudah dipanjatkan doa dan cuti umum, lalu hari pertama bekerja dengan semangat baru adalah pada 2 januari iaitu jumaat.
Maulidur rasul pada 9 mac dan israk&mikraj pada 20 julai, Nuzul alquran pada 7 september dan aidilfitri pada 21 september semuanya jatuh pada isnin dan sememangnya baik untuk permulaan hari. Awal ramadhan pula pada 22 ogos adalah pada sabtu tetapi pada jumaat 21 ogos, solat terawih dimulakan untuk malam pertama, sekali gus cuti sekolah.

Menariknya bila Aidiladha dan awal Muharram 1431 hijrah jatuh pada 27 november dan 18 dissember serta kristmas pada 25 disember-semuanya jatuh secara kebetulan pada jumaat. lebih bermakna 1 januari 2010 yang akan tiba kita raikan 3hari lagi bermula jumaat dan lagi bermakna jumaat dan lebih indah maulidur rasul pada 26 februari juga jatuh pada jumaat. semoga umur kita panjang untuk Aidilfitri tahun depan (2010), ia akan jatuh pada 10 september iaitu jumaat juga, bagi umat islam besar ganjarannya disebalik rahsia jumaat....

Dan yang paling utama,kiamat juga akan berlaku pada hari jumaat.adakah ini bermakna dunia sudah berada dipenghujungnya....sudahkah kita bersedia menghadapinya...renung2kan bersama